fbpx

Barang Hantaran – 5 Tips Untuk Bakal Pengantin Pasangan Muda

Memilih barang hantaran sama ada untuk pengantin perempuan atau pengantin lelaki kadang-kala memeningkan kepala. Ditambah lagi dengan bajet yang entah cukup entah tidak. Tentunya akan membuatkan anda stress.

Jangan gusar dan jangan bimbang. 5 tips ini sesuai untuk mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka tidak lama lagi.

Tips #1 Limitkan Bajet Untuk Barang Hantaran

Bajet kewangan dalam membeli barang hantaran adalah amat penting untuk anda tetapkan. Mengapa? Pembelian barang hantaran dan item-item gubahan yang ada di pasaran kini boleh membuatkan anda berasa teruja dan seterusnya membuat pembelian yang tidak sepatutnya. Dengan mempunyai bajet yang ditetapkan, pembelian anda lebih tersusun dan akan lebih difokuskan pada perkara atau barang hantaran yang penting sahaja untuk anda dan juga pasangan.

Tiga perkara utama ini perlu anda asingkan dalam merancang bajet perkahwinan.

  • Dulang hantaran (boleh pinjam atau sewa dari orang terdekat yang baru sahaja berkahwin)
  • Penggubah dulang hantaran (boleh upah adik beradik atau saudara mara yang kreatif)
  • Barang-barang hantaran

Jangan lupa untuk buat senarai semak untuk ketiga-tiga item ini. Ia akan lebih memudahkan anda sewaktu membuat pembelian nanti.

Tips #2 Pemilihan Hadiah Hantaran Yang Pelbagai

Sebelum anda menyenaraikan barang hantaran untuk pasangan anda, berbincanglah dengan mereka. Pastikan anda berdua bersetuju dengan senarai yang telah dibuat. Pelbagaikan jenis barang hantaran yang anda.

Ini bermaksud, anda tidak semestinya memasukkan barang hantaran yang berasaskan gajet sahaja, malahan anda juga boleh memasukkan barang-barang lain untuk memberi sedikit kelainan di dalam dulang hantaran anda.

Di sini kami senaraikan gabungan barang hantaran yang boleh anda beri kepada pasangan anda.

  • Elektronik – Pakaian – Hiasan buah – Sepersalinan Pakaian
  • Set barang kemas – set baju kemeja/tali leher/kasut – set tradisional tepak sirih
  • Set hiasan coklat – sepasang telekung/kain pelekat – cek/kunci aset – elektronik
  • Set makeup – barangan elektronik – sepasang kain meter – cupcakes/kek

Credit : https://www.askwedding.com.my/news-detail.php?news=6

Tips #3 Senaraikan Barang Hantaran

Jadi, anda telah pun membuat senarai barangan yang anda dan pasangan perlukan. Tapi, sebelum anda ke IOI Mall, Mid Valley, Sunway Carnival dan mall yang berdekatan dengan anda, anda perlu buat semakan semula kepada senarai barang hantaran anda yang merangkumi dua daripada tiga aspek seperti di tips #1 iaitu dulang hantaran dan juga barang hantaran.

Dengan membuat senarai, insyaAllah dapat membantu anda memudahkan tugas pembelian barang-barang anda. Sebaik sahaja membuat pembelian, anda boleh terus tandakan pada senarai anda, barangan yang telah anda beli. Tidaklah nanti anda terpaksa berulang alik ke kedai kahwin hanya kerana terlupa.

  • Set Pakaian
    • Baju Kemeja Crocodile, Polo, Tommy Hilfiger
    • Baju Wanita seperti blouse, seluar pants, night dresses
  • Set Alat Makeup
    • Set barang makeup Mac, Fenty Beauty, etc
  • Set Minyak Wangi
    • Charles & Keith, Polo, Dunhill : untuk lelaki
    • Victoria Secret, Body Shop, Clinique, DKNY: untuk perempuan
  • Set Barangan Elektronik
    • Barangan Apple seperti iPhone, iPad, Macbook, etc
    • Barangan Samsung seperti Galaxy S7, Galaxy Edge, etc
    • Laptop seperti Dell, HP, Asus, etc
    • Kamera seperti Nikon, GoPro, Sony, Polaroid
  • Set Mas Kahwin
    • Cincin/gelang tangan
    • Cek hantaran kahwin
    • Buku mas kahwin
    • Emas dinar/jongkong emas
  • Set Pakaian Sukan
    • Kasut Adidas, Nike, Puma, Reebok
    • Topi
  • Set Sembahyang Suami Isteri
    • Telekung Aleena, Kain Pelekat Gajah Duduk
    • Mushaf Al-Quran/sejadah
    • Kain meter untuk baju kurung /baju melayu
    • Kain sampin songket
  • Set Makanan
    • Cupcakes, kek Secret Recipe
    • Buah seperti epal, buah naga, anggur, oren, pear
    • Coklat Cadbury, Hersheys, Toblerone, Kinder Buenoips

Tips #4 Beli Barang Hantaran Bersama Pasangan

Kebanyakan lelaki atau perempuan yang bakal berkahwin sudah tentu akan mengajak bakal pasangan mereka  untuk membeli barang mereka. Kepentingan membeli barang hantaran bersama ini adalah ia memudahkan dan mempercepatkan lagi urusan pembelian.

Sekiranya anda bakal berkahwin tahun hadapan, adalah amat disarankan untuk anda mengajak pasangan anda untuk membeli semasa musim YES ( Year End Sales). Kebanyakan kompleks membeli belah atau ekspo pengantin selalunya akan sesak dengan orang ramai. Pastinya potongan diskaun dan juga harga runtuh dapat membantu anda untuk menjimatkan lagi bajet kahwin anda.

Tapi jangan lupa untuk anda mengikuti senarai dan juga bajet yang telah anda tetapkan!

Anda mencari telekung untuk dijadikan sebagai hadiah hantaran untuk pasangan atau kenalan anda? Klik sini.

Tips #5 Masukkan Barangan Wajib Dalam Hantaran

Sekarang saya pasti anda telah mempunyai senarai yang lengkap. Tetapi jangan lupa antara barangan yang boleh kata wajib ada untuk hantaran adalah :

  1. Tepak sirih
  2. Tapak cincin
  3. Kotak mas kahwin/hantaran
  4. Sepasang telekung / mushaf Al-Quran / sejadah
  5. Beberapa makanan seperti kek, coklat, dan buah

Barangan di atas telah dimasukkan ke dalam senarai gubahan dulang hantaran sejak berkurun lamanya, jadi adalah dicadangkan untuk anda memasukkan juga senarai barang yang sama. Asalkan tidak berlebih-lebihan.

Sekiranya anda ada cerita anda sendiri bagaimana proses anda menyiapkan barangan hantaran, boleh kongsikan dalam komen di bawah. Mana tahu, ada rakan-rakan lain yang berhasrat nak melangsungkan pekahwinan tak lama lagi. Boleh mereka ambil pengalaman anda.

Share:

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *