fbpx

Idea Hantaran Kahwin Untuk Anda Bagi Pihak Perempuan

Tarikh perkahwinan telahpun ditetapkan. Kini telah tiba masanya untuk anda dan pasangan menyenaraikan barang hantaran untuk disediakan. Di saat ini, masing-masing akan sibuk berkira-kira dengan bajet yang ada dan apa yang boleh dibeli dengan bajet tersebut.

Untuk tampak lebih sedondon, anda boleh tetapkan tema untuk hantaran anda sama ada untuk pihak lelaki mahupun perempuan.

Gubahan hantaran anda boleh dilakukan oleh tukang gubah yang sama supaya sentuhan dan hasil kerja hantarannya seiring di antara kedua-dua belah pihak atau sekiranya anda ingin mempunyai tema warna tertentu supaya tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini (kod warna lari maksud saya 😁).

Di sini, kami senaraikan beberapa barangan yang anda boleh beri kepada bakal pengantin perempuan atau barangan yang anda boleh sediakan sebagai hantaran perkahwinan anda.

Barangan Untuk Wanita

Gubahan Hantaran Telekung | Telekung Pasteleena

  • Kasut
  • Jam tangan

Gubahan Hantaran Jam | Kredit : Pinterest

  • Beg tangan
  • Buah-buahan
  • Gajet
  • Sejadah

Gubahan Sejadah | Kredit : Pinterest

  • Potpuri/Bunga rampai
  • Coklat/Manisan

Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, tetapi anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, walaubagaimanapun terserah kepada anda untuk menyediakan.

Anda ada idea lain? Jom kongsikan dengan komen di bawah.

Share:

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *