Bulan Kempen Kesedaran Kanser Payudara – Pinktober

Apakah Itu Pinktober?

kesedaran terhadap kanser payudara
Reben berwarna merah jambu sebagai simbol kesedaran terhadap kanser payudara

Pinktober adalah singkatan kepada Pink Oktober. Ia merupakan salah satu kempen kesedaran mengenai kanser payudara (breast cancer). Bulan Reben berwarna merah jambu @ pink telah dipilih sebagai simbol kepada kesedaran tentang barah payudara. Pelbagai kempen diadakan oleh pelbagai badan amal untuk memberi kesedaran kepada orang ramai dan mengumpul dana untuk tujuan kajian tentang penyebab, pencegahan, diagnosis, perubatan dan penawar kepada barah payudara. Kempen yang dijalankan juga bertujuan untuk memberikan informasi dan sokongan kepada mereka yang dijangkiti barah payudara.

Bulan kesedaran barah payudara juga adalah kempen tahunan yang bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang kepentingan pemeriksaan awal, ujian dan banyak lagi. Kempen ini bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober setiap tahun.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Barah Payudara?

Punca-punca Barah Payudara

Kanser payudara bermula apabila sel di dalam payudara mula tumbuh tanpa kawalan. Sel ini biasanya akan membentuk tumor dan ia hanya boleh dilihat melalui xray atau berasa seperti terdapat benjolan.

Tumor yang tumbuh boleh mendatangkan barah dan membiak ke dalam tisu payudara dan merebak ke kawasan lain.

Adalah penting untuk anda memantau dan melakukan pemeriksaan awal supaya pencegahan dan tindakan pantas dapat dilakukan sebelum barah menjadi lebih teruk.

Cara-cara Pemeriksaan Payudara dari Kanser Payudara

Terdapat 5 langkah untuk melakukan pemeriksaan payudara sendiri. Sepanjang ujian ini dilakukan, anda perlu berada di hadapan cermin. Cara-caranya.

1. Mula dengan melihat payudara anda pada cermin sambil bahu anda menegak dan tangan anda diletakkan pada pinggul .

Ini adalah apa yang perlu anda lihat :

  • Payudara yang dalam keadaan seperti biasa (saiz, bentuk, dan warna)
  • Payudara yang berbentuk rata tanpa herotan atau benjolan

Sekiranya anda melihat sebarang perubahan, sila berjumpa dengan doktor untuk tujuan pemeriksaan lanjut.

2. Sekarang, angkat tangan anda dan lihat perubahan yang sama (langkah 1 )

3. Semasa anda sedang berada di hadapan cermin, lihat sebarang tanda cecair keluar daripada salah satu atau kedua-dua belah puting (ia mungkin berair, berwarna susu, kuning atau darah).

4. Seterusnya, rasakan payudara anda semasa sedang berbaring, menggunakan tangan kanan, rasakan seluruh payudara kiri, manakala tangan kiri pula merasa payudara kanan. Dengan sentuhan yang pejal dan lembut dengan beberapa jari sambil mengekalkan jari rata. Lakukan putaran sebesar duit syiling.

Lakukan pemeriksaan di seluruh payudara daripada atas ke bawah, sisi ke sisi (daripada tulang selangka sehingga ke bahagian atas abdomen, dan daripada ketiak sehingga belahan payudara.

Pastikan anda memeriksa keseluruhan bahagian payudara. Anda boleh bermula daripada puting, bergerak secara bulatan besar sehingga anda menghampiri bahagian hujung payudara. Anda juga boleh menggerakkan jari anda atas dan bawah secara menegak, dan secara barisan. Cara atas-dan-bawah ini adalah sangat efektif untuk kebanyakan wanita. Pastikan anda merasa semua tisu daripada depan hingga belakang payudara anda: untuk kulit dan juga tisu sedikit bawah, gunakan tekanan yang sedikit. Tekanan sederhana untuk tisu di tengah payudara; dan gunakan tekanan yang kuat untuk tisu yang lebih dalam. Apabila anda sampai kepada tisu yang lebih dalam, anda akan merasa sehingga tulang rusuk

5. Akhir sekali, sentuh payudara semasa anda berdiri atau duduk. Kebanyakan wanita, mendapati cara paling mudah untuk merasa payudara mereka adalah apabila kulit basah dan licin, jadi mereka lebih suka untuk melakukan ujian ini di dalam bilik mandi. Namun, pergerakan masih mengikut langkah 4.

Jadi, apa perlu anda lakukan sekiranya anda menjumpai ketulan?

Tidak perlu panik sekiranya anda fikir anda merasakan ketulan dalam payudara anda. Kebanyakan wanita mempunyai ketulan atau kawasan yang berketul dalam payudara mereka sepanjang masa, dan ketulan pada payudara sebenarnya adalah benigna (bukan kanser). Ada beberapa penyebab kepada ketulan payudara yang bukan-kanser, termasuk perubahan hormon atau kecederaan.

Jangan was-was untuk berjumpa doktor sekiranya anda menyedari terdapat ketulan atau perubahan baru payudara yang membimbangkan. Ini adalah terutamanya untuk perubahan yang masih ada lebih lama daripada kitaran haid, atau, ia semakin membesar atau menonjol dalam sesuatu keadaan. Sekiranya anda dating haid, anda mungkin mahu menunggu sehingga selepas haid untuk melihat sama ada ketulan atau perubahan payudara anda hilang sendiri sebelum anda menghubungi doktor.

Share:

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *