fbpx

Fakta Tentang Telekung Solat Online

telekung solat online

Panduan ini mengandungi semua yang anda ingin tahu tentang telekung solat.

Sekiranya anda sedang mencari telekung solat online yang terkini, inilah tempatnya.

Teruskan membaca.

Kenapa Perlu Pakai Telekung?

Ia adalah pakaian yang menjadi pilihan setiap orang Islam di Malaysia sejak dahulu lagi.

Pergilah ke mana-mana sahaja; majlis ilmu masjid, Hari Raya dan kenduri kendara.

Pasti para wanita akan sibuk mencari telekung baru. Tambah lagi kalau telekung yang digunakan sudah bertahun-tahun tidak ditukar.

Di dalam Islam, wanita diwajibkan untuk menutup keseluruhan anggota badan mereka kecuali muka dan tapak tangan terutama ketika mendirikan solat. Pada saat ini, ada pelbagai jenis pakaian yang digunakan oleh wanita Islam ketika mengerjakan rukun Iman kedua tersebut, antaranya, chador namaz yang digunakan oleh wanita Islam di Iran dan juga India.

Chador namaz bermaksud baju labuh sembahyang. Ia merupakan pakaian ringkas dan merupakan sehelai kain lebar dan labuh yang diselubungkan untuk menutup seluruh anggota wanita ketika bersembahyang. Terdapat pelbagai jenis potongan chador namaz yang digunakan oleh wanita Islam di luar semasa solat.

Dalam konteks yang sama, pakaian solat wanita Islam di Asia Tenggara pula dikenali sebagai apa yang dipanggil telekung. Wanita Islam nusantara menggunakan telekung semasa menunaikan solat dan juga ketika mengerjakan ibadah haji serta umrah di Mekah. Telekung merujuk kepada pakaian ibadah sembahyang yang direka sepasang iaitu atasan dan bawahan. Atasan telekung direka kebanyakannya untuk menutup bahagian kepala wanita dan ianya adalah labuh sehingga keparas lutut. Manakala, bahagian bawah pula direka dalam bentuk kain labuh yang menutupi bahagian pinggan sehingga ke bahagian kaki.

Dalam tradisi masyarakat Melayu yang merupakan majoriti umat Islam di Asia Tenggara, telekung yang digunakan kebanyakannya berwarna putih kosong tanpa corak bagi melambangkan fizikal seseorang dan juga kesucian ibadah solat yang dilakukan.

Selain daripada warna, material kain juga diberi perhatian. Kebanyakan kain yang digunakan terdiri daripada bahan serap peluh dan tidak terlalu tebal. Antara kain yang bersesuaian adalah kain kapas yang sangat sesuai dengan iklim alam Melayu dan ia juga tidak mengikut bentuk badan. Antara kelemahan kain kapas ialah ia perlu diganti dalam satu jangka masa dan bergantung kepada cara ia dijaga kerana telekung akan menipis seiring dengan usianya.

Bagi kami pengeluar telekung, jenama Telekung Aleena, kami mengeluarkan pelbagai jenis telekung yang sesuai digunakan oleh terutamanya anak muda terkini yang mahu barangan yang lebih trendy.

Telekung Aleena kini dengan beg telekung solat

Untuk membawa kelainan dalam penjualan telekung, kami merupakan syarikat telekung pertama di Malaysia yang membawa konsep beg telekung jenis mudah dibawa.

Dengan pelbagai jenis sulaman mengikut corak telekung kami, corak yang sama juga boleh didapati pada beg tersebut.

Sebagai seorang wanita, anda pasti mahukan barangan anda yang lain seperti set alat solek dan barangan wanita lain untuk turut bersama anda ketika anda sedang bersiap, tidak kira sama ada di pejabat, atau ketika sedang makan angin. Jadi dengan adanya beg dari kami kini, solat menjadi lebih menyenangkan.

Design Terkini Dari Telekung Aleena Dengan Beg

Antara design telekung premium dari kami yang disertakan dengan beg adalah :

Telekung Pasteleena 2.0 (Paling Baru Di Dalam Senarai)

Telekung Pasteleena 2.0 Sand Brown

Telekung Pasteleena 2.0 ini merupakan hasil tambahan daripada design Pasteleena yang pertama (best seller sejak 2017). Ia menggunakan material 100% Polyester Crepe untuk memastikan si pemakai merasa selesa ketika bersembahyang.

Telekung Floraleena

Telekung Floraleena Emerald Green

Telekung Floraleena menggunakan sulaman jenis bunga dan sulaman yang dihasilkan pada telekung dan juga beg adalah sulaman dengan 2 warna. Sesuai bagi mereka yang ingin nampak feminin.

Telekung Amiraleena

Telekung Amiraleena Purple

Telekung Amiraleena merupakan telekung pertama daripada Aleena yang menggunakan material organza dan sulaman geometri pada telekung. Beg Amiraleena yang disertakan juga dihasilkan sepenuhnya menggunakan kain organza.

Telekung Safarleena

Telekung Safarleena Maroon

Safarleena merupakan telekung pertama dari Aleena yang dikeluarkan dengan aksesori beg yang mempunyai sulaman dengan benang berwarna.

Telekung Aleena juga boleh dijadikan sebagai hadiah hantaran untuk wanita yang bakal berkahwin atau dijadikan sebagai hadiah untuk diberikan kepada ibu, isteri atau yang tersayang.

Antara ciri-ciri yang kami tekankan pada telekung-telekung keluaran kami adalah telekung berwarna. Ini kerana setiap wanita pasti mempunyai keinginan untuk mempunyai telekung dengan warna kegemaran mereka. InsyaAllah, semoga kita sama-sama mencapai khusyuk semasa menunaikan ibadah solat.

Sekiranya anda ingin mendapatkan telekung berserta aksesori beg, boleh terus ke laman web utama Telekung Aleena.

Share:

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *