Tips persiapan pergi haji rakyat MALAYSIA

Pengertian Haji dari sudut istilah syarak

Menziarahi tempat-tempat tertentu pada masa-masa tertentu dengan melakukan pekerjaan – pekerjaan tertentu. Selain itu, haji adalah ziarah suci tahunan ke Mekah yang wajib dilakukan oleh umat islam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup ( melainkan uzur atau sebagainya ) kerana ia adalah rukun islam yang kelima. Haji dalam Bahasa Arab yang bermaksud “ Menuju atau mengunjungi ke suatu tempat”. Ibadah haji merangkumi melawat kaabah pada bulan Zulhijjah dan melakukan rukun wajib haji.

Syarat – syarat wajib haji

  • Islam
  • Tidak wajib atas orang kafir dan murtad.
  • Baligh
  • Tidak wajib atas kanak – kanak tetapi sah hajinya dan tidak gugur wajibnya bila baligh.
  • Berakal
  • Tidak wajib atas orang gila dan jika dilakukan juga, tidak sah hajinya.
  • Merdeka
  • Hamba abdi tidak diwajibkan. Tetapi sah hajinya dan diberikan pahala.
  • Berkuasa/kemampuan
  • Berhubung dengan berkuasa atau berkemampuan. Ini ialah berdasarkan kepada Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka”

Surah Ali Imran ayat 97

Kategori haji yang sah

Haji Ifrad

Haji Ifrad adalah proses melakukan ibadah Haji yang terpisah antara ibadah Haji dan ibadah Umrah. Seseorang yang mengerjakan Haji Ifrad dikenali sebagai Mufrid. Ibadah Haji ini adalah golongan yang tinggal di dalam kawasan Masjidil Haram. Seseorang yang mengerjakan Haji Ifrad akan memakai Ihram dengan niat untuk  mengerjakan ibadah Haji sahaja. Dia tak boleh mengerjakan Umrah dan sekiranya dia melakukanya, Dia bukan mengerjakan Haji Ifrad.

Haji Qiran

Haji Qiran adalah ibadah Haji dan Umrah yang dilakukan secara serentak. Haji ini adalah untuk golongan yang tinggal jauh dengan Masjidil Haram. Seseorang yang mengerjakan Haji ini perlu memakai Ihram dengan niat Umrah dan Haji, dan kedua-dua perlu dilakukan di dalam Ihram yang sama. Dia hanya boleh meninggalkan Ihram setelah ibadah Haji dan Umrah selesai.

Haji Tamattu’

Apabila seseorang mendahulukan Umrah di musim Haji sebelum mengerjakan Haji, ia dikenali sebagai Haji Tamattu’. Ia juga dikenali sebagai Mutamatti iaitu Haji yang menyenangkan. Golongan yang datang dari luar untuk mengerjakan Haji selalunya melakukan Haji Tamattu’ kerana merangkumi ibadah Umrah sekali. Ibadah Umrah perlu dilakukan sebelum hari-hari ibadah Haji. Seseorang perlu mengerjakan Haji Tamattu dalam dua Ihram yang berbeza, satu untuk ibadah Umrah dan satu untuk ibadah Haji.

5 rukun haji

  • Ihram

Ihram iaitu berniat untuk haji. Niat haji dan umrah diwajibkan sebagaimana niat solat.

  • Wukuf di Arafah

Waktunya mulai dari waktu Zuhur tanggal 9 Zulhijjah sampai subuh tanggal 10 Zulhijjah. Anda boleh memilih untuk melakukan siang sampai maghrib ataupun malam sampai subuh.

  • Tawaf

Tawaf adalah mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh(7) kali. Putaran ini dimulakan dari arah Hajar Aswad dan perlu diingatkan badan perlu berada dibelah kiri Kaabah. Perlu diingatkan, orang yang melalukan haji adalah berputar melawan arah jarum jam.

  • Sa’i

Sa’i adalah berjalan kaki dari Bukit Safa dan Marwah. Dimulai dari bukit Safa kemudian berjalan sampai tujuh(7) kali perjalanan hingga berakhir di Bukit Marwah.

  • Tahalul

Tahalul iaitu mencukur rambut kepala setelah seluruh rangkaian haji selesai. Waktunya sekurang-kurangnya adalah setelah lewat tanggal 10 Dzulhijjah.

6 rukun wajib Haji

  • Niat ihram di Miqat tertentu.
  • Bermalam di Muzdalifah.
  • Melontar Jumrah “Aqabah”.
  • Bermalam di Mina selama dua atau tiga malam Tasyriq. Iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
  • Melontar ketiga – tiga Jumrah pada hari Tasyriq, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
  • Meninggalkan perkara – perkara larangan semasa dalam ihram.

Keperluan Haji yang perlu dibawa

  • Telekung

Telekung perlu dibawa sekurang – kurangnya 2 set telekung extra. Satu set telekung perlu dipakai semasa hari berangkat. Dan lagi 2 set telekung itu perlu dibawa mengikut perbezaan warna (Recommended hitam dan putih ). Jika ada kecemasan boleh digunapakai sewaktu mengerjakan Haji. Nak dapatkan Telekung yang paling sesuai semasa menunaikan haji hanya boleh melayari www.aleena.com.my

  • 2 Set pakaian untuk 2 hari di Mina

T – Shirt (2) dan Seluar (2) perlu dibawa yang nipis untuk 2 hari di Mina. 1 pakaian selepas tahallul dan satu pakaian lagi pada 12 Zulhijah.

  • Powerbank / Extension Plug

Powerbank sangat berguna bila disana disebabkan terlalu padat dengan jemaah yang sedang mengerjakan Haji. Kegunaan powerbank perlu pakai semasa kecemasan sahaja. Kegunaan extension plug semasa di dalam bilik hotel untuk dikongsi dengan jemaah lain bila disana.

  • Bawa Al – Quran yang berbentuk kecil

Untuk mengisi masa sepanjang perjalanan pergi dan balik. Jangan letak ditempat yang salah dan sentiasa menjaga rapi.

Semasa menunaikan haji

Antara Pantang larang ketika di dalam Ihram:

  • Dilarang memakai pakaian yang disarung di badan dan memakai kasut. P/s boleh memakai selipar semasa yang tidak bertutup semasa di dalam Ihram.
  • Menyisir rambut sama ada dengan sikat,kuku atau dengan sebarang alat sekalipun.
  • Mencukur rambut atau mencabutnya dilarang sama sekali kecuali apabila terpaksa berbuat demikian. Haram menguntingnya walaupun sekerat daripada sehelai rambut.
  • Dilarang memotong kuku sama ada banyak atau sedikit sebagaimana hukum memotong rambut kecuali disebabkan keuzuran seperti kuku yang terkopak dan menyakitkan yang terpaksa dipotong.
  • Dilarang memakai bau – bauan iaitu sengaja mengenakannya pada mana – mana area bahagian badan. Elakkan terkena bau – bauan yang berada disekeliling jemaah akan tetapi jika bau – bauan itu datang dari bunga mawar tidak perlu dielakkan
  • Dilarang membunuh binatang buruan yang halal dimakan iaitu binatang darat yang liar. Begitu juga menangkapnya untuk mendapatkan mana – mana bahagian badanya seperti bulu dan sebagainya.
  • Dilarang akad nikah sama ada orang yang berihram itu sendiri atau wakilnya. Jika ianya tetap berlaku maka akad nikahnya tidak sah.

Amalan selepas menunaikan Haji

  • Memperbanyakkan Zikrullah
  • Memperbanyakkan doa
  • Sentiasa ke masjid dan berjemaah
  • Membina keluarga bahagia
  • Infaq dan waqaf

Credit : http://www.addeen.my/ images : https://www.libur.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Join Waitlist We will inform you when the product arrives in stock. Please leave your valid email address below.